AZ PRINTING CREATIVE

AZ  PRINTING CREATIVE
Tempahlah Banner, Banting, Stiker, Kupon, Signbord DLL di sini. Hubungi Saifudin, 016-953 2630

Pages

Rabu, 30 Jun 2010

Rabu, 2 Jun 2010

Jual Ayam Tidak Halal, Tesco disaman RM1.6 juta


Seorang peniaga dan empat anggota keluarganya hari ini memfailkan saman ganti rugi RM1.6 juta terhadap Tesco Stores (M) Sdn Bhd kerana didakwa cuai memastikan produk ayam segar yang siap diproses dan dilabelkan halal, benar-benar halal megikut agama Islam.

Saman itu difailkan oleh Raja Muzaffar Kamar Raja Busu, Lijah Awang Kechik, Raja Kamar Idris Raja Busu, Norhayati Abdullah dan Raja Teh Rahmah Raja Busu.

Writ saman itu difailkan oleh peguam Kamal Razali melalui firma guaman, Badruzzaman & Kamal, Peguambela & Peguamcara, Peguam Syariah di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di Pulau Pinang.

Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Muzaffar Kamar yang mewakili empat plaintif lain dari Bayan Baru, memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teladan RM500,000 dan ganti rugi teruk RM100,000.

Beliau turut menuntut surat permohonan maaf secara terbuka oleh defendan kepada semua plaintif kerana mengalami trauma dan maruah plaintif tercalar kerana menjual ayam haram.

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau mengalami trauma dan berasa berdosa kerana memakan ayam yang haram bersama plaintif lain dan memberi makan produk ayam yang haram kepada pelanggan di restoran miliknya di Astaka Gelugor, di Pulau Pinang.

Katanya pada 12 Mac lalu, beliau membeli tiga ekor ayam yang siap disembelih dan dipek dengan bungkusan berjenama HyFresh tertera logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau memasak ayam itu dan sebahagiannya dimakan bersama keluarganya manakala bakinya dijual di premis perniagaannya.

Beliau berkata ketika membuang sisa ayam itu mereka mendapati kesan sembelihan pada leher ayam berkenaan mencurigakan kehalalannya di sisi Islam dan membuat laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

"Pada 16 Mac lepas, JHEAIPP kemudian membuat siasatan dan merampas ayam berjenama HyFresh di pasar raya itu kerana tidak disembelih mengikut kaedah ditetapkan Islam," katanya.

Katanya pada 31 Mac lalu, Jabatan Mufti Pulau Pinang mengeluarkan surat mengesahkan produk ayam berkenaan tidak disembelih mengikut ketetapan syariat Islam dan haram dimakan oleh orang Islam.

- Bernama

Baca Selanjutnya ...

Selasa, 25 Mei 2010

Judi bola: Surat Terbuka Tuan Ibrahim kepada Jamil Khir


JUDI BOLA : DI MANA KAMU SAHABAT LAMAKU?
Catitan : Artikel ini telah pun dikeluarkan pada 13 Mei 2009, dan setelah setahun berlalu, kebimbangan yang disuarakan akhirnya berlaku. Masih tidak kedengaran suara Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini berkenaan isu judi bolasepak, adakah diam tanda setuju atau apa sebenarnya yang berlaku?)

Kepada sahabat lama Jamil Khir Baharom,

Semoga Allah memberkatimu, walau lama kita tak bersua. Semoga Allah melimpah belas kasihanNya ke atasmu.

Terlebih dahulu aku merakamkan ucapan takziah di atas bebanan yang sedang engkau pikul, kerana engkau tidak lebih baik dari Imam Ahmad yang menolak perlantikan sebagai Mufti, kerana itu bermakna ia meredhai kezaliman khalifah. Tetapi engkau juga tidak sekejam Hajjah bin Yusuf al-Thaqafi yang bertindak membelakangkan hukum Allah bagi menunjukkan kekuasaan yang ada.

Tetapi jauh lebih membimbangkan aku terhadapmu ialah engkau akan terpaksa menentang Jamaah Islam, engkau akan menentang Parti Islam. Kami tahu kami bukanlah yang terbaik, tetapi aku lebih bimbang bilamana kamu menganggap UMNO lebih baik. Engkau akan terpaksa meredhai kemungkaran yang diizinkan pemerintah dan membenarkan kezaliman ISA dan lainnya. Aku tahu engkau tidak kuat menahan kemurkaan Allah di akhirat seandainya Ia murka. Aku memohon perlindungan dariNya untuk aku dan kamu.

Lantaran itu, kumpullah mereka yang takutkan Allah, satulah kekuatan bagi menentang kezaliman, tegaklah makruf dan tentanglah kemungkaran dari dalaman UMNO yang kamu mampu; tetapi akhirnya kamu akan kecewa. Kerana kamu dilingkungi oleh bukan ahlinya.

Sekian, ingatan sahabat sementara hidup, kerana tiada pesanan di akhirat.

Wassalam.

Sahabat Lama,

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Baca Selanjutnya ...

Selasa, 18 Mei 2010

ULAMA umNO Apco DIAM Bila umNO Berpolitik di Masjid

Tengok sendirilah. Kalau bagitau, kata orang PAS suka memfitnah. Derhaka Sultan. Jahil, tak ikut mufti dan macam-macam lagi. Tengoklah gambar-gambar pemimpin UMNO yang ‘kencing’ muftinya sendiri.

PM Datuk Seri Najib memberi 'tazkirah' di Masjid Kampung Sungai Miang, Pekan, Pahang


TPM, Tan Sri Muhyiddin bersama MB Perak DS Zambry menyampaikan 'tangannya' kepada orang-ramai
di Masjid Kampung Kepayang Fair Park, Ipoh, Perak


Dato' Hisyammudin pada sidang media di Masjid Jumhuriah, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop. Bercakap tentang ibadah ke pentadbiran negara?

Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO sedang memberi 'ceramah agama' di Surau Taman Rembau Utama. Aik ! Tak cukup lagi TV dan Radio?

YB Shahidan Kassim turut berceramah bab arak dan judi. Haram ke?

Di Petagas, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin menyerahkan bantuan bakul makanan kepada 70 warga tua, miskin dan sakit dari Mukim Petagas di Masjid Al-Jannah. Siap dengan beg lambang UMNO dan Dacing. Ini guna masjid ke?

Pengerusi Perhubungan UMNO Johor memberi ucapan kepada orang miskin sempena majlis penyampaian golongan miskin, pelajar yatim dan ibu tunggal melalui 138 cawangan UMNO dari seluruh parlimen Ledang. Majlis itu adalah anjuran UMNO di Masjid al-Taqwa Tanjung Gading Barat, Ledang.

Datuk Khaled Nordin menghadiri majlis anjuran Biro Agama UMNO Bahagian Pasir Gudang diadakan dalam Masjid Al-Muhajirin Bandar Masai dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al-Muhajirin.

YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, Ketua UMNO Bhg Jelebu sedang berucap dalam Masjid Amar Penghulu, Jelebu, Negeri Sembilan

Puteri UMNO pun tak ketinggalan. Aurat pun tak tertutup elok. Orang bukan Islam tau menutup auratnye apabila mengunjungi rumah ibadat orang Islam. Maaf! Mungkin non muslim kot. Program kemasyarakatan bertempat di Masjid al-Falah Karamunting, Sandakan.

Felda Tunggal, YB Dato Sri Dr Azalina Dato Othman Said Ahli Parlimen Pengerang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pengerang telah menghadiri majlis anjuran bersama UMNO Bahagian Pengerang, Unit Seranta Felda Negeri Johor, FELDA Wilayah Johor Bahru, JKKK FELDA Tunggal dan Badan Kebajikan Surau FELDA Tunggal di masjid Felda Tunggal. Istiqamah tidak menutup aurat. Tak berani tegur ke?

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berucap dalam majlis anjuran Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Wangsa Maju.

Cukuplah. Terlalu banyak sangat. Semuanya bagaimana tanda UMNO-BN cakap tak serupa bikin. Bagi PAS, Islam tidak boleh dipisahkan. Tiada istilah politik suku agama suku.


Baca Selanjutnya ...

Isnin, 17 Mei 2010

Majlis Makan Malam Amal Berjalan Lancar

Anak-anak Az-Zahra' begitu bersemangat menyanyikan lagu rasmi PASTI

Alhamdulillah, segala yang dirancang berjalan baik walaupun banyak perkara yang boleh diupgradekan lagi. Terima kasih kepada semua ibubapa, para penyumbang dan tetamu jemputan terutama Cikgu Azrin bin Abd Majid, Ketua Pengarah PASTI Malaysia atas kesudian hadir merasmikan Majlis Makan Malam Amal dan menyempurnakan Majlis Pelancaran Dana Bangunan PASTI Az-Zahra'.
Saksikan gambar-gambar menarik sepanjang majlis berlangsung ...

Kelihatan Cikgu Azrin, Cikgu Nordin dan Atuk sedang asyik bersantai
Abg Mas Sabray sedang berpuisi

Kumpulan Huffaz tidak kurang hebatnya dengan lagu-lagu pilihan
Qomarul Roihan tidak mengecewakan anak-anak yang ingin turut sama

Gimik Hari Guru ... Mari kita lihat siapa yang kena ?

Majlis pada malam tersebut turut maraikan Sambutan Hari Ibu dan Hari Guru sambil dihiburkan oleh artis-artis undangan. Penampilan Kumpulan Huffaz, Qomarul Roihan dan Mas Sabray telah berjaya menghiburkan para hadirin. Suasana menjadi gamat apabila tiba persembahan Anak-anak PASTI Az-Zahra'. Aksi bersahaja ketika menyampaikan lagu Mari Sembahyang dan Di sini Kami Berkumpul ini telah mendapat tepukan gemuruh para hadirin terutama ibubapa.

Tahniah Kepada Semua...

Baca Selanjutnya ...

Selasa, 11 Mei 2010

SUMBANGAN UNTUK DANA BANGUNAN PASTI AZ-ZAHRA'


PASTI AZ-ZAHRA' Taman Temerloh Jaya akan menganjurkan Majlis Makan Malam Amal bagi mengumpul Dana Pembelian Bangunan yang masih dalam pencarian. Usaha yang telah bermula sejak April 2009 telah berjaya mengumpul RM8,000 setakat hari ini. Ia termasuk melalui pelbagai aktiviti dan kretiviti Unit Ekonomi Az-Zahra'.

Majlis yang akan berlangsung di Dewan Orang Ramai Taman Temerloh Jaya pada hari Sabtu, 15 Mei 2010 bakal dirasmikan oleh orang kuat No. 1 PASTI, Cikgu Azrin Abd Majid selaku Ketua Pengarah PASTI Malaysia.

Menurut Bendahari Eksekutif Az-Zahra', Haji Shamsudin Ahmad, sehingga hari ini lebih 150 keping kupon telah terjual dan mendapat sokongan yang baik dari ibubapa dan masyarakat.

"Tahun 2009, Az-Zahra' telah menjayakan majlis yang sama dengan jayanya dan mendapat lebihan sebanyak RM2,000 setelah ditolak kos penganjurannya. Bahkan pada tahun ini, kita pasti akan teruja dengan persembahan khas anak-anak dan slot khas sempena Hari Ibu dan Hari Guru", tambahnya lagi.
Baca Selanjutnya ...

Khamis, 6 Mei 2010

Don't Judge A Book By Its Cover : Suatu Bidasan


Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.

"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game'dan 'curi tulang' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, telah lama melewati tempoh yang diwajibkan, malah telah menyebabkan syarikat kerugian kontrak jutaan ringgit nilainya.

Majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerjaya kalau begini sikap kamu"

Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' dan 'curi tulang' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya tetap seorang pekerja cemerlang"

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ? Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya? Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata.

Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :

"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya.

Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'. Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :

إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار
Ertinya : "Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja.

Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka janganlah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka"
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendapat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW

Ertinya : "Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya?.

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya?

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net
Baca Selanjutnya ...