AZ PRINTING CREATIVE

AZ  PRINTING CREATIVE
Tempahlah Banner, Banting, Stiker, Kupon, Signbord DLL di sini. Hubungi Saifudin, 016-953 2630

Pages

Rabu, 30 Jun 2010

Rabu, 2 Jun 2010

Jual Ayam Tidak Halal, Tesco disaman RM1.6 juta


Seorang peniaga dan empat anggota keluarganya hari ini memfailkan saman ganti rugi RM1.6 juta terhadap Tesco Stores (M) Sdn Bhd kerana didakwa cuai memastikan produk ayam segar yang siap diproses dan dilabelkan halal, benar-benar halal megikut agama Islam.

Saman itu difailkan oleh Raja Muzaffar Kamar Raja Busu, Lijah Awang Kechik, Raja Kamar Idris Raja Busu, Norhayati Abdullah dan Raja Teh Rahmah Raja Busu.

Writ saman itu difailkan oleh peguam Kamal Razali melalui firma guaman, Badruzzaman & Kamal, Peguambela & Peguamcara, Peguam Syariah di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di Pulau Pinang.

Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Muzaffar Kamar yang mewakili empat plaintif lain dari Bayan Baru, memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teladan RM500,000 dan ganti rugi teruk RM100,000.

Beliau turut menuntut surat permohonan maaf secara terbuka oleh defendan kepada semua plaintif kerana mengalami trauma dan maruah plaintif tercalar kerana menjual ayam haram.

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau mengalami trauma dan berasa berdosa kerana memakan ayam yang haram bersama plaintif lain dan memberi makan produk ayam yang haram kepada pelanggan di restoran miliknya di Astaka Gelugor, di Pulau Pinang.

Katanya pada 12 Mac lalu, beliau membeli tiga ekor ayam yang siap disembelih dan dipek dengan bungkusan berjenama HyFresh tertera logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau memasak ayam itu dan sebahagiannya dimakan bersama keluarganya manakala bakinya dijual di premis perniagaannya.

Beliau berkata ketika membuang sisa ayam itu mereka mendapati kesan sembelihan pada leher ayam berkenaan mencurigakan kehalalannya di sisi Islam dan membuat laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

"Pada 16 Mac lepas, JHEAIPP kemudian membuat siasatan dan merampas ayam berjenama HyFresh di pasar raya itu kerana tidak disembelih mengikut kaedah ditetapkan Islam," katanya.

Katanya pada 31 Mac lalu, Jabatan Mufti Pulau Pinang mengeluarkan surat mengesahkan produk ayam berkenaan tidak disembelih mengikut ketetapan syariat Islam dan haram dimakan oleh orang Islam.

- Bernama

Baca Selanjutnya ...

Selasa, 25 Mei 2010

Judi bola: Surat Terbuka Tuan Ibrahim kepada Jamil Khir


JUDI BOLA : DI MANA KAMU SAHABAT LAMAKU?
Catitan : Artikel ini telah pun dikeluarkan pada 13 Mei 2009, dan setelah setahun berlalu, kebimbangan yang disuarakan akhirnya berlaku. Masih tidak kedengaran suara Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini berkenaan isu judi bolasepak, adakah diam tanda setuju atau apa sebenarnya yang berlaku?)

Kepada sahabat lama Jamil Khir Baharom,

Semoga Allah memberkatimu, walau lama kita tak bersua. Semoga Allah melimpah belas kasihanNya ke atasmu.

Terlebih dahulu aku merakamkan ucapan takziah di atas bebanan yang sedang engkau pikul, kerana engkau tidak lebih baik dari Imam Ahmad yang menolak perlantikan sebagai Mufti, kerana itu bermakna ia meredhai kezaliman khalifah. Tetapi engkau juga tidak sekejam Hajjah bin Yusuf al-Thaqafi yang bertindak membelakangkan hukum Allah bagi menunjukkan kekuasaan yang ada.

Tetapi jauh lebih membimbangkan aku terhadapmu ialah engkau akan terpaksa menentang Jamaah Islam, engkau akan menentang Parti Islam. Kami tahu kami bukanlah yang terbaik, tetapi aku lebih bimbang bilamana kamu menganggap UMNO lebih baik. Engkau akan terpaksa meredhai kemungkaran yang diizinkan pemerintah dan membenarkan kezaliman ISA dan lainnya. Aku tahu engkau tidak kuat menahan kemurkaan Allah di akhirat seandainya Ia murka. Aku memohon perlindungan dariNya untuk aku dan kamu.

Lantaran itu, kumpullah mereka yang takutkan Allah, satulah kekuatan bagi menentang kezaliman, tegaklah makruf dan tentanglah kemungkaran dari dalaman UMNO yang kamu mampu; tetapi akhirnya kamu akan kecewa. Kerana kamu dilingkungi oleh bukan ahlinya.

Sekian, ingatan sahabat sementara hidup, kerana tiada pesanan di akhirat.

Wassalam.

Sahabat Lama,

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Baca Selanjutnya ...

Selasa, 18 Mei 2010

ULAMA umNO Apco DIAM Bila umNO Berpolitik di Masjid

Tengok sendirilah. Kalau bagitau, kata orang PAS suka memfitnah. Derhaka Sultan. Jahil, tak ikut mufti dan macam-macam lagi. Tengoklah gambar-gambar pemimpin UMNO yang ‘kencing’ muftinya sendiri.

PM Datuk Seri Najib memberi 'tazkirah' di Masjid Kampung Sungai Miang, Pekan, Pahang


TPM, Tan Sri Muhyiddin bersama MB Perak DS Zambry menyampaikan 'tangannya' kepada orang-ramai
di Masjid Kampung Kepayang Fair Park, Ipoh, Perak


Dato' Hisyammudin pada sidang media di Masjid Jumhuriah, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop. Bercakap tentang ibadah ke pentadbiran negara?

Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO sedang memberi 'ceramah agama' di Surau Taman Rembau Utama. Aik ! Tak cukup lagi TV dan Radio?

YB Shahidan Kassim turut berceramah bab arak dan judi. Haram ke?

Di Petagas, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin menyerahkan bantuan bakul makanan kepada 70 warga tua, miskin dan sakit dari Mukim Petagas di Masjid Al-Jannah. Siap dengan beg lambang UMNO dan Dacing. Ini guna masjid ke?

Pengerusi Perhubungan UMNO Johor memberi ucapan kepada orang miskin sempena majlis penyampaian golongan miskin, pelajar yatim dan ibu tunggal melalui 138 cawangan UMNO dari seluruh parlimen Ledang. Majlis itu adalah anjuran UMNO di Masjid al-Taqwa Tanjung Gading Barat, Ledang.

Datuk Khaled Nordin menghadiri majlis anjuran Biro Agama UMNO Bahagian Pasir Gudang diadakan dalam Masjid Al-Muhajirin Bandar Masai dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al-Muhajirin.

YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, Ketua UMNO Bhg Jelebu sedang berucap dalam Masjid Amar Penghulu, Jelebu, Negeri Sembilan

Puteri UMNO pun tak ketinggalan. Aurat pun tak tertutup elok. Orang bukan Islam tau menutup auratnye apabila mengunjungi rumah ibadat orang Islam. Maaf! Mungkin non muslim kot. Program kemasyarakatan bertempat di Masjid al-Falah Karamunting, Sandakan.

Felda Tunggal, YB Dato Sri Dr Azalina Dato Othman Said Ahli Parlimen Pengerang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pengerang telah menghadiri majlis anjuran bersama UMNO Bahagian Pengerang, Unit Seranta Felda Negeri Johor, FELDA Wilayah Johor Bahru, JKKK FELDA Tunggal dan Badan Kebajikan Surau FELDA Tunggal di masjid Felda Tunggal. Istiqamah tidak menutup aurat. Tak berani tegur ke?

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berucap dalam majlis anjuran Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Wangsa Maju.

Cukuplah. Terlalu banyak sangat. Semuanya bagaimana tanda UMNO-BN cakap tak serupa bikin. Bagi PAS, Islam tidak boleh dipisahkan. Tiada istilah politik suku agama suku.


Baca Selanjutnya ...

Isnin, 17 Mei 2010

Majlis Makan Malam Amal Berjalan Lancar

Anak-anak Az-Zahra' begitu bersemangat menyanyikan lagu rasmi PASTI

Alhamdulillah, segala yang dirancang berjalan baik walaupun banyak perkara yang boleh diupgradekan lagi. Terima kasih kepada semua ibubapa, para penyumbang dan tetamu jemputan terutama Cikgu Azrin bin Abd Majid, Ketua Pengarah PASTI Malaysia atas kesudian hadir merasmikan Majlis Makan Malam Amal dan menyempurnakan Majlis Pelancaran Dana Bangunan PASTI Az-Zahra'.
Saksikan gambar-gambar menarik sepanjang majlis berlangsung ...

Kelihatan Cikgu Azrin, Cikgu Nordin dan Atuk sedang asyik bersantai
Abg Mas Sabray sedang berpuisi

Kumpulan Huffaz tidak kurang hebatnya dengan lagu-lagu pilihan
Qomarul Roihan tidak mengecewakan anak-anak yang ingin turut sama

Gimik Hari Guru ... Mari kita lihat siapa yang kena ?

Majlis pada malam tersebut turut maraikan Sambutan Hari Ibu dan Hari Guru sambil dihiburkan oleh artis-artis undangan. Penampilan Kumpulan Huffaz, Qomarul Roihan dan Mas Sabray telah berjaya menghiburkan para hadirin. Suasana menjadi gamat apabila tiba persembahan Anak-anak PASTI Az-Zahra'. Aksi bersahaja ketika menyampaikan lagu Mari Sembahyang dan Di sini Kami Berkumpul ini telah mendapat tepukan gemuruh para hadirin terutama ibubapa.

Tahniah Kepada Semua...

Baca Selanjutnya ...

Selasa, 11 Mei 2010

SUMBANGAN UNTUK DANA BANGUNAN PASTI AZ-ZAHRA'


PASTI AZ-ZAHRA' Taman Temerloh Jaya akan menganjurkan Majlis Makan Malam Amal bagi mengumpul Dana Pembelian Bangunan yang masih dalam pencarian. Usaha yang telah bermula sejak April 2009 telah berjaya mengumpul RM8,000 setakat hari ini. Ia termasuk melalui pelbagai aktiviti dan kretiviti Unit Ekonomi Az-Zahra'.

Majlis yang akan berlangsung di Dewan Orang Ramai Taman Temerloh Jaya pada hari Sabtu, 15 Mei 2010 bakal dirasmikan oleh orang kuat No. 1 PASTI, Cikgu Azrin Abd Majid selaku Ketua Pengarah PASTI Malaysia.

Menurut Bendahari Eksekutif Az-Zahra', Haji Shamsudin Ahmad, sehingga hari ini lebih 150 keping kupon telah terjual dan mendapat sokongan yang baik dari ibubapa dan masyarakat.

"Tahun 2009, Az-Zahra' telah menjayakan majlis yang sama dengan jayanya dan mendapat lebihan sebanyak RM2,000 setelah ditolak kos penganjurannya. Bahkan pada tahun ini, kita pasti akan teruja dengan persembahan khas anak-anak dan slot khas sempena Hari Ibu dan Hari Guru", tambahnya lagi.
Baca Selanjutnya ...

Khamis, 6 Mei 2010

Don't Judge A Book By Its Cover : Suatu Bidasan


Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.

"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.

"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.

Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.

Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game'dan 'curi tulang' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, telah lama melewati tempoh yang diwajibkan, malah telah menyebabkan syarikat kerugian kontrak jutaan ringgit nilainya.

Majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerjaya kalau begini sikap kamu"

Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' dan 'curi tulang' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya tetap seorang pekerja cemerlang"

Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ? Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya? Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata.

Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :

"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya.

Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'. Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadith :

إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار
Ertinya : "Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja.

Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka janganlah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka"
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

Hadith ini dengan jelas menunjukkan seorang hakim dalam Islam akan membuat hukum berdasarkan info dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat, tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh Islam.

Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendapat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW

Ertinya : "Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya?.

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya?

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net
Baca Selanjutnya ...

Selasa, 4 Mei 2010

Rupa Mamat Nak Bunuh TG Nik Aziz


Sudah lama ku cari, baru hari ku kenali. Hmm kalu gayanya, macam dalam kapal terbang. Anak orang besar jugak ni. Memang dah jadi sifat anak orang besar yang pemalas. Kerjanya cuma mengadap komputer. Harta dah banyak, tak perlu kerja lagi.

Entah apa yang sakit sangat hatinya sampai mahu dibunuhnya TG. Hartanya dirampas? Ayahnya dipenjarakan? Ibunya dinodai? Adik pompuannya dilarikan? Adik lelakinya ditembak di kepala? Makwenya ada kekasih lain?

Dunia ni semakin berserabut dengan orang gila. Ini hanya satu dari jutaan contoh. Tapi terjadi ketika 1 Malaysia. Renungkanlah.

Ma'alaiysh


Baca Selanjutnya ...

Selasa, 27 April 2010

umNo, Lu Kena Beb !!


Sepanjang kempen Hulu Selangor, ayahngah tak pernah posting blog ni. Bukan apa, cuma rasa bosan yang amat. Lagipun, ayahngah tak turun kempen. Banyak kerja kat pejabat yang tak dapat tangguh lagi. Bulan Jun pulak, ke PUTIK, Kelantan.

Oklah. Seluruh dunia dah tahu bahawa En. Kamal UmnoBN dah menang. Maka, tajuk besar Utusan Meloya esoknya bertajuk "PKR TUMBANG". Sebenarnya umNO dah tumbang seawal pemilihan calon BN lagi. umNO dah lama tumbang secara KO oleh orang tua MiC.

Sebab itulah, dalam tempoh kempen, PKR bukan berlawan dengan MiC, tapi dengan umNo. Cuba bayangkan kemenangan dengan hanya majoriti 1,700 setelah RM ratusan juta dibelanjakan. Itu tak termasuk lagi janji-janji sebelum menang. Maka akhirnya nanti, nasib En. Kamal seperti Adun Ijok sebelum PRU12 dari MiC juga.

PKR juga tidak boleh dikatakan tumbang kerana undi yang diperolehinya bertambah hampir 100 undi. Mudah kiranya, 23,000 pengundi yang mengundi PKR pada PRU12 masih lagi mengundi PKR dalam PRK baru-baru ni dan tentunya inilah jumlah pengundi tegar PKR untuk PRU akan datang.

Statistik keputusan menunjukkan undi Melayu di FELDA berkurangan disebabkan janji PM nak beri RM49k selepas PRU13 (boleh percaya ke?). Undi India juga berkurangan kerana MiC menonjolkan muka baru sebagai calon (suka menipu juga ni). Undi Cina bertambah ekoran keyakinan terhadap urus negeri yang baik.

Kesimpulannya wahai umNo, perjuanganmu hanya untuk perut tapi takde hati perut. Kononnya, untuk bangsa melayu tapi bangsa india yang dapat lebih. Kononnya, untuk agama, tapi yahudi yang ko minta petunjuk.

umNo, Lu Kena Beb !!
Ma’alaiysh.
Baca Selanjutnya ...

Jumaat, 16 April 2010

Am-NO Kalah 3-0 dengan Em I See


Hahahahaha Tahniah kepada The WaterboyMiC, Sammy Pilu di atas kejayaan berganda memalukan Am-NO terutama penolong pengurusnya, Malu Den. Perebutan merebut bola jenama P094 bermula dengan masing-masing memperkenalkan calon terbaik yang dikira layak bergelar kapten untuk perlawanan berikutnya.

Sebelum ini pasukan yang lebih dikenali sebagai The 'Be End' hanya mampu menang 2 kali dari 9 perlawanan. 7 kali kalah dengan jaringan yang cukup memalukan sehingga pengurusnya terpaksa letak jawatan.

Kali ini, pengurus baru terpaksa berhati-hati untuk memilih kapten kerana sudah ada pertelingkahan cadangan antara tukang buat air bernama Em I See (baca, MiCe) dan tukang basuh jersi bernama Am-No (baca, Apco) . Masing-masing berkeras mahukan pilihan mereka.

Tapi Apco terpaksa mangalah lebih awal apabila terpaksa menyerahkan isu kapten kepada MiCe tapi dengan syarat bukan Mr. Pala, tapi Mr. Mu. MiCe tetap berdegil untuk memilih Mr.Pala. Para pemain mula cabar-mencabar dan ugut-mengugut.

Penolong pengurus, Mahu Den kelihatan menelan 10 biji panadol, simbolik kepada perlawanan ke 10 bakal dilangsungkan. Sambil pening meloyakan, beliau mengisytiharkan calon bagi kapten the Be End adalah anak tempatan.

MiCe cukup bengang. Ugutan semakin kuat. Apco tersengih puas hati. Mice buat ugutan lagi. Pulaukan perlawanan. Pecat Mr. Mu. Mahu Den makin tension. Keadaan semakin tegang. Janji anak tempatan mesti dikotakan ??

Keadaan luar padang makin kusut. Di atas padang yang tidak rata, pasukan the PR sedang menanti dipimpin kaptennya, Mr. Zed. Masa makin hampir atau PR menang percuma.

Tiba-tiba, Mahu Den isytihar Mr. Kamal sebagai kapten the Be End! Semua terkejut. Apco ternganga! nama tu macam nama geng Apco. MiCe pulak senyum tidak, masam pun tidak. Tiba-tiba kali kedua, Mahu Den anugerahkan Mr. Pala jawatan Sunator dan penolong mentera. Para penyokong the Be End kecoh, mana janji anak tempatan?? WOi, Penipu !! jerit para penyokong.

Apco kecewa dipermainkan oleh MiCe. Semua permintaan Apco tidak dilayan. Manakala tuntutan MiCe semuanya dapat. Apco mula pertikai slogan 1 Malas-Sia kerana dah kalah 3-0.

1. bukan calon Apco.
2. bukan Mr. Mu atau anak tempatan
3. MiCe dapat sunator dan baca mantera.

Apco apa dapat ??? Hahahahahahahahahahahahhahahahaha.

Ma'alaisyh.

Baca Selanjutnya ...

Selasa, 13 April 2010

Penyaman Hukum ALLAH Jadi Calon PKR P.094


Entah apa nak komen, tak tahulah. Ayahngah dari awal berharap agar 'dia' ni tidak dicalonkan oleh PKR dalam PRK Hulu Selangor. Bukan apa, kerana percalonan tersebut memudahkan putarbelit umNO untuk mentertawakan penyokong dan ahli PAS.

Siapa tak kenal 'dia' ni? Seorang manusia paling berani mengambil tindakan saman kepada hukum hudud yang diluluskan Sidang DUN Kelantan. Walaupun dia kini telah bersama PKR dan Pakatan Rakyat, namun untuk 'dia' menjadi calon ketika ini amat tidak sesuai.

Apakah PKR dah ketandusan calon lain? Ayahngah lebih gembira sekiranya PKR mencalonkan Ketua AMK Sdra Syamsul Iskandar yang lebih lantang dan berani. Ataupun Ustaz Badrul Amin Baharom seorang tokoh agama yang terkenal.

Ayahngah cuma risau bilamana 'penceramah @ ustaz' umNO berkempen dihadapan penyokong dan ahli PAS, timbul balik isu saman ini. Tentu sekali memberi kesan besar kepada undi PKR dan PR. Siapa yang lebih untung sekarang?

Ayahngah tak nak cakap lagi. Korang beri la pendapat.

Ma'alaiysh
Baca Selanjutnya ...

Iman Seekor Semut Vs Iman Seorang Manusia


Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanyadimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada diatas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA ??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.

Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya,iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN" .

Wallahulam. Baca Selanjutnya ...

Isnin, 12 April 2010

Hulu Selangor Dihina umNo Selangor


Hari ni sibuklah para pendekar dan perkasa umNO memberi janji manis sebagai umpan untuk menang PRK akan datang di Hulu Selangor. Kakitangan kerajaan negeri dan swasta tentunya dipuji dan dikagumi para pencacai umNO hanya kerana 1 undi.

Kalau kita ingat, xMB Selangor anak Toyo pernah menyumbangkan sebatang penyapu kepada majlis bandaran Hulu Selangor. Kali ini dia pulak nak nyibuk kat PRK. Apa agaknya akan dilakukan oleh orang yang pernah menerima penyapu dari anak Toyo ni?

Sememangnya, umNO takde kelayakan nak jaga kebajikan rakyat. Tak pandai mentadbir dan penuh keborosan dan penipuan. So, kepada pengundi Hulu Selangor; rentikanlah memangkah umNo atau MIC atau BN.

Sokongan anda kepada BN seolah anda suka penyapu tersebut. Baca Selanjutnya ...

Ahad, 11 April 2010

LU PIKIR LA SENDIRI....


Gambar 1 Indonesia sebelah kanan tu, ayahngah terjumpa dalam satu blog. Cuma sekadar renungan kita bersama. Sebelum ni kecoh tentang One Israel. Umno Apco dan sebagainya. Kesannya cukup kuat untuk menumbangkan UBN di PRK Hulu Selangor akan datang.

Kini, Satu Indonesia pula. WOii.. malu ayahngah punya PM pembohong. Mengaku idea sendiri. Rupanya kompom idea Israel. Buktinya Indonesia juga ambil slogan ini dan perjanjian juga dengan APCO. Lihat gambar di bawah.

Dan paling best, slogan Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan juga seperti difotostat atau diciplak dari yang asal. Sape punya yang asal.. ?? Lu Pikir La Sendiri ...
Baca Selanjutnya ...

Jumaat, 9 April 2010

Apa Punya Pelik Sistem Persekolahan Berasrama nie..!!??


Pelajar-pelajar sekolah di asrama ”diminta” balik kampung pada hujung minggu gara-gara kerajaan tak ada duit. Tulisan ini pasti akan dinafikan oleh puak-puak bahlol bin bangang dalam UMNO BN.

Sebagai ibubapa / penjaga yang mengalami sendiri situasi ini kome ingin menarik perhatian pihak bertanggung jawab dengan cadangan bodoh ini. Justifikasi kome mudah saja. Kerajaan kononnya ingin mengurangkan perbelanjaan makan pelajar dua hari di asrama pada hujung minggu. Contohnya sehari RM5.00, dua hari RM10.00. Lalu puak-puak bahlol dalam BN ni pun bertepuk tangan kononnya mereka berjaya mengurangkan perbelanjaan.

Budak-budak ni disuruh balik kampung. Belanja balik kampung jika ibubapa datang ambil RM50.00-RM100.00 (minima). Dekat mana rasional puak-puak ”cerdik” dalam BN ini? Hok mana tindakan aokme yang menunjukkan pengurangan dalam perbelanjaan pengurusan kewangan pelajar-pelajar ini? Selamatkan poket aokme tetapi ibubapa / kami kena tambah RM100. Macam ni ke pengurusan ekonomi BN? Cit! Poorah!!! Baca Selanjutnya ...

Lagenda Hidup Tiga Stoogers 1 Malaysia


Dua orang Raja Lawak tempatan yang sedang panas mengukir nama di persada seni lawak tanah air telah dijemput untuk bersama Raja Lawak Negara untuk pergi ke sebuah studio di Washington , Amerika untuk berlatih membaca skrip dailog untuk lakonan terbaru selanjutnya.

Kunjungan ke Washington sambil belajar itu adalah bertujuan bagi memantapkan lagi seni lakon lawak mereka; supaya tidak tersasul dan termakan diri sendiri.

Mereka berdua telah menggemparkan dunia lawak negara dengan persembahan lawak mereka di sini dan di sini

Raja Lawak Negara , yang merupakan mentor kepada dua-dua Raja Lawak yang baru meningkat naik itu, berjaya memenangi anugerah oskar sebagai Pengarah terbaik di PESTival filem negeri Perak bergandingan dengan pelakon import yang khabarnya didatangkan dari kepulauan Maldive.

Mentor tersebut sangat mengidamkan anugerah PESTival filem Pulau Pinang dan juga Selangor yang sehingga kini mencuba , masih lagi gagal dirangkulinya.

Dengan tercungkilnya dua bakat baru itu , harapan untuk merangkul anugerah di kedua-dua tempat tersebut semakin menggalakan harapan dan berkoba-koba si Mentor itu.

Kini , Mentor Raja Lawak 1Malaysia itu akan menguji kemampuan dua orang Raja Lawak baru itu melalui persembahan ‘Funfare’ yang akan mengadakan siri persembahan percuma di merata kampong Hulu Selangor sedikit masa nanti.Saksikanlah gelagat mereka dengan skrip dan gaya lakonan yang terbaru , yang telah mendapat bimbingan khas dari Mentor Raja Lawak 1Malaysia. Baca Selanjutnya ...

Aokme naik gaji... Kome pulok kena beli SETEM mahal...apa kes nie, Bro ??


KUALA LUMPUR: Harga setem pos dalam negeri akan lebih tinggi berkuatkuasa Julai ini sebagai sebahagian daripada strategi Pos Malaysia Bhd untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapannya.

Ini adalah kali pertama Pos Malaysia menyemak harga (setem) sejak pengkorporatannya pada 1992, menurut kenyataan syarikat itu di sini hari ini.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Syed Faisal Albar, berkata kenaikan itu akan memberikan dana tambahan bagi Pos Malaysia menyediakan perkhidmatan yang lebih berkualiti, setara dengan amalan terbaik antarabangsa.

"Dalam tempoh 18 tahun kebelakangan ini, kami telah menyaksikan penyusutan berterusan jumlah mel awam dan Pos Malaysia telah mengambil langkah untuk mengawal kos di samping mengekalkan produktiviti kami.

"Pada masa yang sama, ini telah menjejaskan keupayaan syarikat melaraskan gaji posmen dan kerani kaunternya yang 19 peratus lebih rendah daripada rakan sejawatan mereka dalam kerajaan.

"Penstrukturan semula gaji posmen dan kerani kaunter akan dilakukan serentak dengan kenaikan harga setem pos domestik," katanya.

Penstrukturan semula gaji akan menjadi satu rangsangan moral bagi kaki tangan operasi sejajar dengan langkahnya untuk meningkatkan prouktiviti dan komitmen mereka ke arah memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti.

Apabila dilaksanakan nanti, harga setem pos domestik bagi mel standard seberat hingga 20 gram akan dinaikkan daripada 30 sen kepada 60 sen dan mel seberat hingga 50 gram harga setem akan dinaikkan daripada 40 sen kepada 70 sen.

Kenaikan harga ini juga membabitkan mel standard yang beratnya kurang daripada 50 gram, mel bukan standard yang beratnya kurang daripada 100 gram, bahan cetak berkala, PosDokumen, mel berdaftar dan bungkusan kurang daripada dua kilogram.

Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan mel bukan standard melebihi 100 gram hingga dua kilogram, Peti Surat, beg berkunci dan serahan tingkap.

Pada masa ini, setem pos domestik (30 sen bagi mel standard yang beratnya hingga 20 gram) adalah yang terendah dalam Asean selepas Thailand.

Dalam kalangan negara Asean, harga setem pos domestik Filipina (pada berat yang sama) adalah yang tertinggi iaitu 66 sen, diikuti oleh Singapura (62 sen), Indonesia (54 sen) dan Brunei (47 sen).

Sementara itu, sejajar dengan aspirasi 1Malaysia Kerajaan, Pos Malaysia akan memperkenalkan Mel Rakyat pada Mei untuk memenuhi keperluan orang yang masih memilih untuk menggunakan perkhidmatan pos pada harga yang lebih rendah.

Mel Rakyat yang bentuk dan fungsinya serupa dengan mel udara, akan dikenakan kadar tunggal 30 sen bagi penghantaran ke mana-mana alamat dalam Malaysia.

Dengan Mel Rakyat, pelanggan individu yang menyumbang sembilan peratus jumlah mel Pos Malaysia, masih mempunyai pilihan menikmati kadar pos yang lebih rendah bagi keperluan mel domestik mereka. – Bernama Baca Selanjutnya ...

Hukum Berzina : nak kena buat macam nie jugak rasanya..!


Pasangan berzina diarak bogel keliling kampung

BANDA ACEH 8 April - Seorang guru bersama kekasihnya yang merupakan isteri orang, diarak bogel mengelilingi kampung mereka setelah didapati berzina sebelum dipukul oleh penduduk dan kini berdepan dengan hukuman sebat di khalayak umum.

Guru itu yang hanya dikenali sebagai Bus, berusia 36 tahun ditangkap semasa mengadakan hubungan seks dengan seorang suri rumah Yus, 28, di Aceh oleh penduduk kampung.

"Penduduk kampung menyerbu rumah wanita itu dan mendapati mereka sedang berdua-duaan,'' kata pegawai penguatkuasa Syariah Aceh Barat, Teuku Abdurrazak.

"Mereka kemudiannya ditarik keluar dan diarak berbogel keliling kampung, diikat di sebatang tiang dan dipukul menggunakan kayu serta tangan mereka sehingga menjadi hitam dan biru.

"Penduduk kampung sangat marah... jika polis lambat tiba di tempat kejadian, pasangan itu mungkin mati,'' kata Abdurrazak.

Menurutnya lagi, pasangan itu kini berhadapan hukuman sembilan sebatan jika didapati bersalah berzina.

Aceh melaksanakan sebahagian undang-undang Syariah pada 2001 sebagai sebahagian daripada pakej autonomi dari Jakarta bertujuan untuk menghapuskan sentimen puak pemisah. Baca Selanjutnya ...

Rabu, 7 April 2010

PRK Hulu Selangor Mula Terasa Bahang


Dalam menantikan nama calon yang bakal diumumkan oleh BN dan PR, satu sms telah diterima oleh ayahngah dari seorang pimpinan PAS Temerloh yang berbunyi;

"Vietnamese come, dogs & cats missing. Bangladeshi come, Malay girls missing. Chinese girls come, husbands missing. Politicians come, Mongolian girl missing. Police come, drugs missing. Election comes, govt funds missing. Election lost, documents missing. Release true report, doctor missing. Tell the truth, whole family missing. Expand Airforce, jet engines missing. Pass on this sms. If U don't forward, you'll be missing....."

Kuang, kuang, kuang. Macam-macam idea diorang ni. Apapun, yang benar tetap benar. Yang salah tetap salah.

Ma'alaisyh. Baca Selanjutnya ...

Messi tunjuk kehebatan sebenar selepas jaringkan 4 gol untuk menewaskan Arsenal

Perlawanan suku akhir kedua antara Barcelona dengan Arsenal pagi tadi di Camp Nou, Barcelona menunjukkan satu prestasi cemerlang mutlak milik Lionel Messi apabila meledakkan empat gol untuk Barcelona menewaskan Arsenal 4-1 (agregat 6-3) untuk ke separuh akhir dalam Liga Juara-juara Eropah 2010.

(Lionel Messi bergaya merayakan jaringannya ke atas Arsenal)

Tiga gol dijaringkan Messi pada separuh masa pertama iaitu pada minit ke 21' , 37' , 42' . Manakala gol keempat dijaringkan separuh kedua pada minit 88'. Arsenal mendapat gol saguhati melalui Bendtner pada minit ke 18'.

Di Luzhniki Stadium, Moscow pula, perlawanan antara PFC CSKA Moskva dengan FC Internazionale Milano, Wesley Sneijder menjadi wira Internazionale apabila menjaringkan gol kemenangan 1-0 (agregat 2-0) pada minit ke 6' untuk meletakkan Internazionale ke separuh akhir bertemu Barcelona.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan.

FC Barcelona 4 - 1 Arsenal FC
(Agregat 6 - 3)


PFC CSKA Moskva 0 - 1 FC Internazionale Milano
(Agregat 0 - 2)


Perlawanan lain pagi esok (suku akhir kedua) :

Manchester United FC Vs FC Bayern München
(suku akhir pertama 1 - 2)

FC Girondins de Bordeaux Vs Olympique Lyonnais
(suku akhir pertama 1 -3) Baca Selanjutnya ...

Selasa, 6 April 2010

Bengong Punya Menteri Malaysia !!!


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, hari ini menyifatkan pemberian RM100 setahun kepada warga emas di Pulau Pinang sebagai suatu yang memalukan.

Sementara Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar pula semalam, melabelkan badan pemantau pilihan raya, Malaysian for Free and Fair Election (Mafrel), sebagai alat pembangkang kerana didakwanya tidak bersikap bebas dalam menyatakan pandangannya.

Sikap kedua-dua Menteri ni sebenarnya menjatuhkan lagi tahap intelektual Menteri-menteri di Malaysia. Hanya kerana perasaan cemburu dan sakit hati, mereka menolak semua usaha kebajikan dan keadilan rakyat.

Sebagai contoh, kejayaan Kerajaan negeri Pulau Pinang memberi penghargaan wang tunai sebanyak RM100 setahun kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas yang bermastautin di Pulau Pinang adalah pertama kali dalam sejarah Pulau Pinang dan sepatutnya disokong.

Bahkan banyak agenda kebajikan rakyat telah dilaksanakan bukan sahaja di Pulau Pinang bahkan di semua negeri Pakatan Rakyat, cuba diberikan gambaran negatif kerana selama ini Kerajaan UBN tidak mahu mengutamakan kebajikan rakyat.

Peliknya, dalam sibuk mempromosikan agenda 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, Menteri ini pula seperti menyindir slogan tersebut.

Menteri Noh Omar pula, seperti orang gila meroyan. Tuduhan Mafrel dah jadi alat pembangkang agak melucukan. Baginya, Mafrel sudah tidak layak jadi badan bebas untuk pantau mana -mana pilihan raya dan meminta SPR kaji semula kedudukan Mafrel sebagai pemantau.

Dia macam lupa atau bangang sangat. SPR kata kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor hanya boleh dimulakan selepas proses penamaan calon pada 17 April ini. Kalau setakat naik bendera kat pejabat atau markaz, itu perkara biasa.

Tapi UBN bukan sahaja berkempen, bahkan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa Hulu Selangor akan mendapat empat sekolah baru, dan projek pembinaan banjir bernilai RM2 juta ringgit.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula mengumumkan projek perumahan baru untuk warga Felda di Gugusan Sungai Dusun yang bernilai RM32 juta. Fuhh! Ini dah jadi rasuah! Sogokan! Ugutan!

Sebab itu ayahngah kata, UBN dan Menterinya dah jadi bangang tahap himar kat tempat ayahngah belajar dulu.

Ma'alaisyh. Baca Selanjutnya ...

Isnin, 5 April 2010

Semarakkan Gelombang Hijau


Kempen "Jom Sertai PAS" anjuran PAS Kawasan Temerloh bermula Disember 2009 hingga Februari 2010 baru-baru ini telah berjaya menggerakkan gelombang kesedaran rakyat terutama ahli PAS bahawa tarikh PRU semakin hampir.


Banyak persoalan berkaitan pilihanraya dan persiapan jentera telah dibangkitkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-23 PAS Kawasan Temerloh pada 3 April 2010 yang lalu.


Sememangnya sasaran ahli baru dan pemilih baru jauh tersasar, namun perlu diakui bahawa jentera pilihanraya telah berjaya digerakkan. Difahamkan hampir 40 ceramah mini dan umum telah diadakan sepanjang tempoh kempen.


Manakala syiar kekuatan PAS Temerloh dibuktikan dengan 3 program Semarak Gelombang Hijau di DUN Kuala Semantan, DUN Mentakab dan DUN Lanchang sesuai dengan slogan "Temerloh Milik Kita".



Semoga segala usaha ke arah memperjuangkan Kalimah Allah ini diberkati dan diredhai NYA, insyaAllah.

Salam, Ma'alaiysh. Baca Selanjutnya ...

Khamis, 1 April 2010

JUARA RAJA LAWAK MUSIM PANAS


IPOH 31 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mendedahkan yang beliau merupakan salah yang ditawarkan jawatan Menteri Besar Perak jika beliau bersetuju menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas Pilihan Raya Umum ke-12.

Beliau yang kini menjadi Menteri Besar selepas Barisan Nasional mengambil alih pemerintahan negeri itu mendedahkan perkara tersebut ketika menggulung perbahasan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, di sini hari ini.

hahahahahahahaahahahahahahahahahahahahahahaha hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha kadang-kadang memang boleh bantai gelak guling-guling.... kalau masuk raja lawak.. konpem juara... tiap-tiap minggu kelentong.. merabun meraban... kalau zambry masuk PKR dulu... konpem dia jadi katak emas pertama di Perak... kuang kuang kuang hehehe...

Ma'alaisyh
Baca Selanjutnya ...

Rabu, 31 Mac 2010

Ulama tiada kuasa vs Ulama ada kuasa


Antara isu yang sering dimainkan media ke atas gerakan Islam seperti PAS adalah dakwaan kononnya Pas anti hiburan. Mesej yang cuba dibawa dari dakwaan tidak berasas ini - amat berbahaya untuk memberi kepada gerakan Islam seperti Pas . Memberi sokongan kepada Pas ertinya menyokong supaya industri hiburan ditutup. Tiada konsert, tiada filem, tiada nyanyian. Begitulah fitnah yang sering dimainkan oleh musuh gerakan Islam.

Tidak dinafikan jika yang dimaksudkan hiburan itu adalah satu bentuk keseronokan yang bebas sepenuhnya dari sebarang sekatan dan kawalan maka Pas mengaku bahawa ia memang menentang hiburan sebegitu. Jika yang dimaksudkan dengan hiburan misalnya adalah nyanyian atau lakonan yang melibatkan pergaulan bebas lelaki dan wanita yang tidak terkawal , pakaian yang menjolok mata, senikata dan skrip yang tidak membina keperibadian manusia sepertimana yang ditonjolkan oleh Hollywood atau Bolywood dan ditiru oleh industri hiburan tanahair maka hiburan yang seperti itu akan pasti ditentang oleh Pas meskipun seluruh alam membenci Pas.

Bagi Pas hasrat manusia untuk berhibur adalah satu fitrah manusia. Memandangkan ianya satu fitrah maka adalah mustahil untuk Pas melarang perkara tersebut. Sebaliknya hiburan itu patut disuburkan bagi membantu manusia lari dari masalah dan kerunsingan yang mereka hadapi. Bukankah itu matlamat hiburan ?

Apa yang malang manusia barat mengaitkan hiburan dengan keseronokan yang tidak dikawal. Industri hiburan barat menghiburkan manusia dengan meminta manusia mengikut selera hawa nafsu manusia . Tiada had dan batasan dibenarkan. Hiburan barat adalah berdasarkan falsafah hedonism – keseronokan yang tidak dibatasi oleh sebarang sekatan dan kawalan. Sistem ekonomi kapitalisme bukan sahaja merangsang industri hiburan barat malahan ia juga menjadi pengawal kepada industri hiburan tersebut.

Soal adab, akhlak , maruah, harga diri dan keperibadian insan tidak ada dalam kamus kapitalisme dan dunia hiburan barat. Apabila manusia dibiarkan untuk mengikuti hawa nafsunya untuk berseronok atas nama hiburan ia hanya membantu manusia lari sementara dari masalah dan kerunsingan . Bagaimanapun selepas menikmati hiburan itu ia akan membawa manusia itu kepada beribu masalah yang lain. Paparan akhbar tentang apa yang berlaku kepada artis-artis negara barat dan juga di negara ini – masalah dadah, khalwat, zina, gay, mabuk, kadar penceraian yang tinggi adalah contoh yang boleh kita lihat di depan mata kita.

Sebagai gerakan Islam yang ingin membawa manusia kepada kebaikan dan kesejahteraan yang hakiki Pas tidak boleh membiarkan dunia hiburan terus dinodai oleh acuan dunia hiburan barat. Maka tindakan mengharamkan terus industri hiburan sudah semestinya bukan satu pilihan yang wajar dan bijak. Jika itu pilihan Pas maka ia adalah satu bentuk escapism. Jika itu yang dilakukan maka ia menjustifikasi dakwaan jahat musuh bahawa Pas adalah anti hiburan.

Justeru itu tindakan Kerajaan Kelantan membenarkan konsert jom heboh baru-baru ini bagi saya adalah satu tindakan yang positif dan patut dipuji. Sebelum ini kita juga dapat melihat Negara Iran yang dipimpin oleh golongan ulama telah berjaya membawa revolusi industry perfilemen negara itu – dari industri glamour kepada industry yang membina. Perfilemen Iran menunjukkan bahawa sesebuah filem itu masih mampu menang award meskipun tiada arak dan adegan seks di dalam filem.

Bagi yang tidak senang dengan Pas, tindakan Kelantan yang dipimpin oleh Tuan Guru Nik Aziz membenarkan sure heboh di bumi serambi Mekah dilihat seolah-oleh menempelak kenyataan Mufti Perak sebelum ini yang mengatakan jomheboh atau sure heboh adalah haram.

Jika itu kritikan yang ditujukan kepada Kelantan , jawapan kita mudah sahaja. Haram atau tidak haramnya sesuatu perkara bukan hanya kerana namanya . Sebagai contoh adakah kasino itu haram kerana namanya kasino ? Bagaimanakah jika kasino menukar programnya dari yang berbentuk permainan dengan wang taruhan ( judi ) kepada permainan semata-mata tanpa ada unsur judi. Adakah ketika itu kasino masih haram hanya kerana namanya Kasino !

Sewaktu saya bersama dengan Presiden Pas bertemu para pelajar di Australia suatu ketika dahulu, Presiden Pas, Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang memberikan satu contoh yang menarik kepada pelajar tentang kaedah hukum dalam Islam. Contoh yang beliau berikan adalah melibatkan makan nasi. Beliau mengatakan hukum makan nasi boleh jadi harus atau wajib atau haram mengikut keadaannya. Asal hukum makan nasi adalah mubah ( harus ). Bagaimanapun ia boleh bertukar menjadi wajib jika apabila seseorang itu dalam kebuluran dan hanya ada nasi sahaja dan tidak ada makanan lain di hadapan beliau. Makan nasi ketika itu jadi wajib kerana ingin menjaga nyawa. Makan nasi juga boleh jadi haram jika makan di waktu siang semasa berpuasa di bulan Ramadhan..

Hal yang sama juga boleh berlaku kepada sure heboh. Sure heboh boleh jadi harus atau haram mengikut keadaan . Jika program sure heboh dipenuhi maksiat sudah tentu ia haram. Tetapi jika kandungan maksiat di program itu dapat dibuang atau dielakkan adakah hukum program itu akan terus berkekalan haram hanya kerana namanya sure heboh. Sudah tentu tidak.

Kita percaya bahawa apabila Mufti Perak mengatakan sure heboh haram ianya bukan kerana namanya tetapi kerana isi kandungan program tersebut. Program sure heboh sebelum ini termasuk di Perak sendiri tidak dikawal .Para penonton lelaki dan wanita dibenarkan duduk bersama-sama . Artis wanita dibenarkan terkinja kinja menyanyi di pentas dengan pakaian yang tidak sopan dan tidak menutup aurat. Mufti Perak yang tidak bersandarkan kuasa politik tidak dapat berbuat apa-apa apabila sure heboh berkunjung ke negeri Perak sendiri. Beliau terpaksa akur melihat fatwanya dilanggar oleh orang-orang politik di negeri itu. Konsert sureheboh di Perak terpaksa mengikut gendang TV 3 sebagai penganjur program itu.

Keadaan yang sama tidak berlaku di Kelantan. Di Kelantan pihak penganjur terpaksa ikut gendang Kerajaan yang dipimpin oleh Ulama’. Apabila Kelantan bersuara tiada artis wanita – maka TV 3 ikut. Tiada percampuran lelaki dan wanita- sekali lagi TV 3 ikut. Inilah bezanya apabila Ulama yang bersandar dengan kuasa dengan ulama yang tidak mempunyai kuasa.

Ulama tiada kuasa hanya dapat menyatakan ini haram itu haram tanpa dapat berbuat apa-apa jika manusia tidak endahkan fatwanya. Apabila TV 3 tidak endah fatwa Ulama yang tiada kuasa maka ulama seperti Mufti Perak tidak boleh buat apa-apa .

Apabila ulama ada kuasa ia boleh bertindak dengan lebih aktif dan efektif. Ia boleh ‘dictate” pihak penganjur supaya tunduk kepada peraturan Kerajaan negeri. Akhirnya ulama yang ada kuasa boleh menawarkan rakyatnya hiburan alternatif yang terbaik kepada sure heboh yang diharamkan oleh ulama yang tiada kuasa.


Mohamed Hanipa Maidin,
AJK PAS Pusat. http://peguampas.blogspot.com/ Baca Selanjutnya ...

MINUMAN BERPERISA LIPAS : Sinar Pahang


Terkejut sungguh bilamana terbaca laporan akhbar sinar harian edisi Pahang semalam. Rasa loya dan nak termuntah apabila membayangkan jika diri kita terminum minuman tersebut.

Kejadian yang berlaku di sebuah kantin sekolah dekat jengka merupakan rentetan cerita mulut ke mulut yang akhirnya berlaku depan mata. Kalau tengok pada warna bungkusan minuman tersebut, kita dapat agak minuman yang paling popular hari ini samada panas atau sejuk.


Sejauh mana keprihatinan kita terhadap kebersihan makanan dan minuman harian? Apatah lagi kesungguhan kita membeli makanan yang benar halalnya dan suci pembuatannya. Lagi susah rasanya kalau diminta memboikot makanan / minuman yang memberi keuntungan kepada Yahudi dan Nasrani Laknatullah.

Tepuk dada, tanya ilmu dan iman!

Ma'alaisyh Baca Selanjutnya ...